A DAY TO REMEMBER

Lilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 8, 2012

RINDU AYAH..

hari raya pertama..


ini la gambar terakhir bersama arwah ayah..ah pergi mengadap Ilahi pada petang hari raya kedua..pagi ini ramai sangat sedara mara datang ke rumah..ayah happy sgt di kelilingi oleh anak, cucu dan cicit2nya..sebelum nk gambar, ayah sempat lg nk g mengurut..pas ktorg panggil, terus dtang..seronoknya nk bersama anak dan cucu serta cicitnya..

tp..tengahari, ayah mengadu sakit perut dan dibawa ke hospital..paling terkilan, kami tiada bersama ayah kerana beraya di rumah nenek sebelah abah..ayah di masukkan ke Perdana Specialist..Kota Bahru..petang tu, kami melawat ayah..ayah ckp perutnya masih sakit ..tp keadaan ayah masih stabil..ayah boleh bercakap dengan baik lagi..

hari raya kedua...ada majlis pertunangan sepupu..ayah masih di hospitall..en.hubby g mlawat ayah di awal pg lg pd hari ini..katanya ayah masih ok..namun, ketika mjlis pertunngn berlangsung, ada perkhabaran dr hospital..ayah tenat..

suami terus ke hospital dan sy dn mama n adik2 pergi selps itu..terkejutnya melihat keadaan ayah ketika ini..ayah sesak nafas..ayah sempat meminta jubahnya untuk ke surau..kadang2 sy malu dgn ayah..walaupon sakit mn sekalipon, ayah tetap jg solatnya hingga akhir hayatnya..

magrib...ayah pergi mengadap Ilahi...ayah tinggalkan seribu satu kenangan bersama kami..rindu ayah..terlalu banyk nasihat ayah..jg solat..banyak kan sedekah...terima kasih ayah..terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk saya n anak2 bersama ayah wlpon hanya seketika..senyuman ayah sentiasa tersemat di hati kami...salam kasih dr cucumu yang sangat merinduimu..alfatihah

No comments: